Thursday, November 23, 2006

Sinopsis Sesuci Kasih Norlina Alawi



MENGAPA perlu kita memandang serong atau menyisihkan anak-anak HIV yang tidak berdosa? Bukan itu kehendak mereka. Perlukah mereka diketepikan daripada masyarakat sedangkan mereka memerlukan perhatian yang sewajarnya? Bukan mereka pinta lahir dalam keadaan ini. Sebenarnya ada insan yang mulia yang sanggup memerlihara dan memberi sepenuh kasih sayang kepada mereka.
Itulah yang perlu anda ketahui dalam buku kedua Hero Antara Kita bertajuk Sesuci Kasih Norlina Alawi yang ditulis oleh Lily Haslina Nasir. Buku ini merakamkan perjalanan getir Yang Dipertua PERNIM; pengasas rumah naungan yang melimpahkan kasih sayang untuk anak-anak kurang bernasib baik ini. Bukan untuk memuja, bukan untuk menyanjung namun sekadar menjadi teladan kepada kita. Mengajak kita bersama merenung bahawa dalam hidup ini kebahagiaan tidak sekadar pada harta benda dan tidak terletak pada wang ringgit.
Wanita tabah bernama Norlina Alawi ini tidak mencari publisiti. Tidak juga menagih perhatian. Dia melakukan setulus hati demi mereka. Dia dianggap 'mama' yang memahami perasaan mereka.
Mudah-mudahan hati kita semakin memahami erti kemanusiaan tanpa batasan selepas membaca kisah ini. Dapatkan segera di pasaran sekarang. RM1 daripada setiap senaskhah jualan buku ini akan disumbangkan kepada Pusat Perlindungan PERNIM Bhd. Mendermalah sambil membaca.
Harga : RM 8.00
Halaman :160
ISBN : 00

No comments: